Lontong sudah salah satu makanan tradisional Johor dan popular di Singapura sejak zaman dahulu lagi. Malah masyarakat Jawa menjadikan lontong adalah makanan tradisi masyarakat mereka. Ia menjadi hidangan istimewa pada pagi Hari Raya pertama.
Lontong Djoho sememangnya istimewa kerana kuahnya yang berwarna kuning keemasan. Kuahnya yang berasakan santan, sayur-sayuran seperti sengkuang dan lobak. Rempah, bawang dan serai serta udang juga menjadi campuran utama untuk hidangan ini. Tambah menyelerakan lagi ia dimakan bersama nasi himpit, telur rebus, sambal tumis dan tempe goreng melengkapkan hidang lengkap Lontong Djoho.